Toh Puan Norlidah (tengah, depan) merakamkan gambar kenangan bersama Nuinda (tiga dari kiri, depan), Phillis (tiga dari kanan, depan), Henry (dua dari kanan, depan) dan para ahli Puspanita.
SANDAKAN: Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni menang bergaya dalam ketiga-tiga set beregu campuran badminton, hari ini.
Beregu campuran tersebut menggabungkan ahli-ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), selain beberapa penjawat awam di daerah berkenaan.
Perlawanan badminton yang berlangsung di Dewan Warga Tua Sri Harapan Sandakan itu dimulai dengan aktiviti regangan dan pemanasan oleh tenaga pengajar, Zen Amy.
Yang turut serta dalam aktiviti kesihatan berkenaan adalah Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Henry Idol dan isteri, Phillis Tamin yang juga Pengerusi Puspanita Cawangan Daerah Sandakan dan Pengerusi Puspanita Cawangan Negeri Sabah, Datuk Dr Nuinda Alias.