Pasukan bomba ketika melakukan pemadaman. – Ihsan Bomba
KOTA MARUDU: Sebuah rumah dan tiga kenderaan hangus dijilat api di Kampung Sinsulog, di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, PPgB Mohd. Hasbi Hajat memberitahu, kejadian berlaku di pada kira-kira jam 8 pagi tadi.
Katanya, panggilan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 8.10 pagi dan sepasukan lapan anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Jakri Bahar bergegas ke lokasi.
Setiba di tempat kejadian yang terletak 60 kilometer dari BBP itu, didapati berlaku satu kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal berkeluasan 60X70 kaki persegi terbakar 95 peratus.
“Turut terbakar tiga buah kenderaan iaitu Preodua Bezza terbakar 25 peratus, Perodua Kancil terbakar 100 peratus dan sebuah motosikal terbakar 100 peratus,” katanya.
Menurut Hasbi, operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran dua pancutan 200 kaki,sumber air daripada air terbuka (air laut) menggunakan pam angkut.
“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan tiada litupan girn dilokasi. Operasi terkawal pada jam 9.20 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.09 pagi,” katanya.