KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) kini mempunyai hampir 300,000 ahli.
Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, parti telah menubuhkan 73 bahagian dan 4,976 cawangan di seluruh Sabah.
Beliau yang juga Ketua Bahagian Apas berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gagasan Rakyat di ibu pejabat parti di Alamesra di sini hari ini, yang dipengerusikan Presidennya Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang juga Ketua Menteri.



























