Lionel Messi (kiri) mengesahkan dia telah ‘menolak’ untuk kembali ke Barcelona dan berpindah ke Amerika Syarikat menyertai Inter Miami yang dimiliki oleh David Beckham.
MIAMI: Demam ‘Messi mania’ melanda Amerika Syarikat (AS) menyebabkan tiket perlawanan bakal kelab barunya, Inter Miami mengalami kenaikan harga secara mendadak.
Rabu lalu, bintang Argentina, Lionel Messi mengumumkan dia akan berhijrah ke Liga Bola Sepak Utama (MLS) beraksi bersama Miami, sekali gus menolak kepulangan ke Barcelona atau menyertai Liga Pro Arab Saudi.
“Kami berbesar hati Lionel Messi telah menyatakan persetujuan untuk menyertai Inter Miami dan MSL musim panas ini.
“Walaupun kerja-kerja akhir melibatkan persetujuan kontrak sedang dimuktamadkan, kami tidak sabar untuk menantikan kehadiran pemain hebat sepanjang zaman berada dalam liga kami,” jelas pihak MLS.
Menurut Utusan Malaysia, tiket beberapa perlawanan MLS naik sehingga 1,000 peratus, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam bola sepak AS.
Walaupun belum dapat dipastikan bila Messi bakal membuat penampilan sulung, namun pemenang tujuh gelaran Ballon d’Or itu akan beraksi dalam aksi Piala Liga pada 21 Julai depan menentang kelab Mexico, Cruz Azul.
Kebiasaanya tiket untuk perlawanan pada Khamis dijual sekitar AS$120 (RM553), namun kini ia melonjak AS$1,248 (RM5,755).
Situasi turut dihadapi membabitkan harga tiket aksi domestik.
https://www.utusan.com.my/sukan/2023/06/messi-mania-punca-tiket-inter-miami-naik-1000-kali-ganda/































