Lee Zii Jia mengetuai cabaran Malaysia berdepan Denmark di suku akhir.
PETALING JAYA: Malaysia mempunyai peluang seimbang untuk mara ke separuh akhir badminton Piala Sudirman selepas diundi menentang Denmark pada suku akhir di Suzhou, China.
Dalam undian yang dijalankan kelmarin, pasukan negara akan berdepan gergasi Eropah itu pukul 5 petang hari ini.
Jika menang, mereka akan berdepan pemenang antara pilihan kedua, Korea Selatan dan Taiwan.
“Kami mendapat undian yang baik tetapi penting untuk kami kekal fokus. Kami tidak mahu memberi tekanan yang tidak wajar,” kata ketua pasukan Malaysia, Tan Kian Meng.
Denmark tumpas 0-5 kepada China dalam aksi terakhir Kumpulan A untuk muncul naib juara, sejurus sebelum undian.
Juara bertahan dan pilihan utama, China pula akan bertemu Indonesia, manakala Thailand menentang Jepun.