KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor dan anggota Kabinet Negeri menghadiri perhimpunan Hari Raya Aidil Fitri yang dihoskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr. Safar Untong di Menara Kinabalu hari ini. (gambar)
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim Yahya, pembantu-pembantu menteri, wakil rakyat, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Rosmadi Sulai, setiausaha-setiausaha tetap dan ketua-ketua jabatan.































