Sharmendran menyumbangkan emas keempat skuad karate di Sukan SEA Kemboja petang kelmarin.
PHNOM PENH: Skuad karate negara membuktikan kewibawaan mereka di pentas Sukan SEA kali ini apabila R. Sharmendran meraih emas keempat menerusi acara bawah 75 kilogram (kg).
Menurut Utusan Malaysia, dalam aksi final di Chroy Changvar Convention Centre Hall A petang kelmarin, Sharmendran menewaskan atlet tuan rumah Sot Panith dengan kiraan 6-5.
Untuk rekod, atlet kelahiran Selangor itu adalah juara dalam acara yang sama sejak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Atlet berumur 30 tahun itu menyasarkan untuk meraih emas keduanya pada temasya kali ini menerusi acara berpasukan yang akan berlangsung hari ini.































