Jasvinder Singh (tiga dari kanan) dan Mazlan Mohamad (tiga dari kiri) menunjukkan poster Kejohanan Karate Antarabangsa Okinawa Goju-Rhyu Terbuka Bandaraya Ipoh pada sidang akhbar di Kompleks MSN di Ipoh hari ini.
IPOH: Sebanyak 10 negara akan menyertai kejohanan Karate Antarabangsa Okinawa Goju-Rhyu Terbuka Bandaraya Ipoh yang akan berlangsung di Arena Badminton MBI Ipoh di sini pada 12 hingga 14 Mei ini.
Menurut Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Kejohanan Ke-19 itu, Datuk Dr. Jasvinder Singh berkata, negara-negara terbabit adalah India, Nepal, Sri Lanka, Indonesia, Thailand, Brunei, Switzerland, Afrika Selatan, Singapura, Uzbekistan dan Malaysia.
Menurutnya, seramai 1,500 atlet terbabit dalam kejohanan yang diadakan sempena Tahun Melawat Ipoh.
“Kejohanan membabitkan dua jenis acara iaitu kumite dan kata. Sebanyak 36 kategori dipertandingkan iaitu Children, Cadet and Juniorserta Senior,” katanya dalam pada sidang akhbar di Majlis Sukan Negeri (MSN) di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah MSN Perak, Mazlan Mohamad dan Presiden Persatuan Karate do Goju-Rhyu Perak, K. Ananthan.
Jasvinder berkata, kejohanan dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar pada 12 Mei di Kelab Golf Diraja Perak (RPGC) di sini manakala majlis penutupan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hanna Yeoh Tseow Suan pada 14 Mei.






























