Jeffrey (tengah) dan jemputan yang hadir bergambar kenangan.
KOTA KINABALU: Wira pejuang Australian and New Zealand Army Corps (ANZAC) Lest We Forget terus dikenang.
Sambutan tahunan di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama tersebut dimulakan dengan acara tabik hormat dan disusuli tiupan Last Post.
Para hadirin kemudiannya bertafakur seminit tanda penghormatan kepada mereka yang telah terkorban.
Acara diteruskan dengan istiadat meletakkan karangan bunga diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan dan diikuti Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Dr. Justin Lee.
Turut sama meletakkan karangan bunga di tugu yang didirikan pada tahun 1923 itu ialah Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sabah diwakili oleh Pegawai Turus Kepolisan Komuniti, Superintendan Wong Leong Meng.
Tidak ketinggalan, Komander Artileri Divisyen, Kol Mohd Imran Ibrahim mewakili Panglima 5 Divisyen Infantri Malaysia dan Timbalan Ketua Pengarah Kewangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Lifred Wong.
Upacara penuh bermakna ini diakhiri tiupan Rousemembabitkan 11 kontinjen perbarisan iaitu Tentera Darat DiRaja Malaysia, Tentera Laut DiRaja Malaysia, Polis DiRaja Malaysia (PDRM),Tentera Udara DiRaja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Turut menyertai adalah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Penjara Malaysia,Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.





























