KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun (Dr) Haji Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini, kelmarin. (gambar)

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Hajah Norlida R.M. Jasni, dan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Hajah Julia Salag.

Turut hadir ialah Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya, Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam dan Datuk Ir. Shahelmey Yahya serta Ahli-ahli jemaah Kabinet Negeri yang lain.





























