Hajiji (enam dari kiri) dan jemaah kabinetnya mengiringi Tun Juhar (tengah) dalam acara memotong kek Hari Raya Aidilfitri.
KOTA KINABALU: Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, hari ini dihadiri kira-kira 1,000 tetamu jemputan.
Tetamu kenamaan terdiri daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Kadzim M Yahya dan isteri, Datin Seri Noraini Salleh serta jemaah Menteri Kabinet serta isteri masing-masing di Istana Seri Kinabalu.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong serta Datin Seri Dr. Nuinda Alias, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.
Selain hidangan pelbagai juadah, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan oleh kumpulan gambus dari Papar.
Majlis yang bermula jam 10 pagi tadi berakhir jam 12 tengah hari, namun disambung semula ke sesi petang khusus bagi ahli keluarga Tun Juhar serta Toh Puan Norlidah.































