Keadaan lori sampah yang terbabas sendiri dan melanggar sebatang pokok di Tawau.
TAWAU: Seorang lelaki cedera apabila lori Majlis Perbandaran Tawau (MPT) terbabas sendiri lalu melanggar sebatang pokok di sini malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, TPgB Jemishin Ujin berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Sin On, Taman Serena, pada kira-kira jam 9.30 malam.
“Panggilan kecemasan diterima menerusi talian balai dan sepasukan lima anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Syed Salipuddin Habib Taha dikejarkan ke lokasi.
“Setiba di tempat kejadian sejauh 11 kilometer itu, didapati sebuah lori sampah Majlis Perbandaran Tawau telah terbabas sendiri dan melanggar pokok.
“Terdapat seorang mangsa lelaki berumur 46 tahun mengalami cedera ringan dan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya.
Menurutnya, mangsa seterusnya dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS Bomba bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain dilokasi operasi ditamatkan pada jam 10.17 malam,” katanya.





























