Hajiji (tiga dari kiri) bersama lima setiausaha politik baharu.
KOTA KINABALU: Lima setiausaha politik baharu mengangkat sumpah di hadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu, di sini hari ini.
Mereka ialah Abd. Rahman Yakub, Mohd. Suffian @ Eddie Matin, Chan Loong Wei, Lee Mee Peng dan Undi @ Jenddy N.C Sanggau.

Mereka akan ditempatkan di pelbagai kementerian di Jabatan Ketua Menteri, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat serta Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan berkuat kuasa serta-merta.
Turut hadir Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Phoong Jin Zhe dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.



























