Hajiji Haji Noor
KOTA KINABALU: Keputusan Kabinet Persekutuan untuk mendedahkan laporan akhir mengenai nahas pesawat ‘Double Six’ yang mengorbankan 11 orang termasuk pemimpin Kerajaan Negeri Berjaya, Tun Fuad Stephens pada 1976 adalah melegakan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
“Ini melegakan kerana ia akan merungkai apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu. Satu kelegaan bukan sahaja kepada keluarga mereka yang terkorban dalam nahas pesawat tetapi juga kepada rakyat Sabah,” katanya.
Ketua Menteri berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keputusan Kabinet Persekutuan membenarkan penyahklasifikasian dokumen yang telah dirahsiakan selama 47 tahun.
“Kerajaan Negeri akan menerima pendedahan laporan itu dengan hati terbuka,” katanya.



























