Pasukan bomba membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas. – Ihsan Bomba
SANDAKAN: Seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun terkurung dalam sebuah kereta di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, PPgB Hairi Otuh berkata, kejadian berlaku di Jalan Sepiluk, Batu 14, pada kira-kira jam 11.40 pagi.
“Panggilan diterima menerusi talian MERS999 tentang kejadian ini dan sepasukan enam anggota dikejarkan ke lokasi diketuai Komander Operasi, PBKII Syamzari Ghani.
“Setiba di tempat kejadian yang terletak 21 kilometer dari BBP, kita dapati terdapat sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang terkunci
“Pasukan bomba berjaya membuka pintu kenderaan menggunakan peralatan khas dan mengeluarkan seorang mangsa kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang terperangkap dalam kenderaan tersebut,” katanya.
Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak keluarga, kata Hairi, sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 12.37 tengah hari.