TOKYO: Sebuah syarikat Jepun memperoleh Rekod Dunia Guinness apabila pekerjanya berjaya menuai lobak putih gergasi yang mempunyai berat 45.8128 kilogram.
Menurut Utusan Malaysia, UPI melaporkan, Guinness World Records dalam kenyataan berkata, Manda Fermentation Co. mengkhusus dalam makanan tambahan dan baja yang diperbuat daripada tumbuhan yang ditapai.
Mereka dikatakan menggunakan teknologi yang dicipta untuk menanam lobak gergasi setiap tahun.
Organisasi penyimpanan rekod itu berkata, syarikat tersebut menuai lobak pada akhir Februari lalu yang kini memperoleh rekod lobak terberat dunia.
Syarikat itu biasanya menuai lobaknya selepas tiga bulan, tetapi lobak yang memecahkan rekod itu dibenarkan tumbuh selama enam bulan.