Tindakan pantas pasukan bomba menyelamatkan sebuah Mercedes Benz daripada terbakar di Kota Marudu.
KOTA MARUDU: Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan sebuah kereta jenis Mercedes Benz daripada terbakar di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, PPgB Mohd. Hasbi Hajat berkata, kejadian itu berlaku di Bulatan Popok, di sini pada kira-kira jam 9.30 malam.
“Panggilan diterima menerusi talian balai pada jam 9.36 malam dan sepasukan tujuh anggota diketuai oleh Komander Operasi, PBK I (KUP), Gabuh Maradan dikejarkan ke lokasi.
“Setiba di itempat kejadian yang terletak tiga kilometer dari balai itu, didatu sebuah kenderaan jenis Mercedes Benz mengeluarkan asap akibat mengalami kepanasan pada bahagian gearbox.
“Tiada kebakaran berlaku dan pasukan bomba bertindak membuat semburan penyejukan (satu aliran hose reel jentera) serta pemeriksaan memastikan tiada kemerbahayaan lain.
Mohd. Hasbi berkata, operasi terkawal jam 9.50 malam dan ditamatkan pada jam 10.23 malam.





























