Armizan Mohd. Ali
PAPAR: Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM55,000 bagi pembaikan jambatan gantung yang mengalami kerosakan di Kaiduan di sini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali yang mengumumkan ini berkata, ia berikutan keadaan jambatan gantung yang sudah uzur dan memerlukan pembaikan segera.
“Kerajaan juga amat prihatin terhadap kesejahteraan hidup penduduk di Kaiduan terutama melibatkan laluan utama untuk menyeberangi sungai,” katanya pada pelancaran Program Kampung Siaga 221 Peringkat Negeri Sabah di Sekolah Kebangsaan Kaiduan, di sini, hari ini.
Pembaikan jambatan ini dapat memudahkan pergerakan penduduk dalam menjalani aktiviti harian, katanya.