Lionel Messi
ARIS: Lionel Messi kemungkinan besar akan meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) selepas perbincangan mengenai kontrak baharu belum ada kata putus.
Kontrak bintang Argentina berusia 35 tahun itu akan tamat pada 30 Jun, dan dia akan menjadi ejen bebas jika tidak bersetuju untuk melanjutkan kontraknya.
Menurut Utusan Malaysia, Messi juga dikatakan sudah bersedia berhijrah ke kelab Arab Saudi dengan meletakkan syarat 600 juta euro (RM2.86 bilion) untuk beraksi di Asia Barat.
Bagaimanapun, kelab Arab Saudi, Al Hilal dilaporkan menawarkan perjanjian bernilai 194 juta pound (RM1.05 bilion) semusim untuk menandatangani Messi.
Pemain Terbaik Dunia itu juga tidak menolak untuk terus menetap di Paris sekiranya tawaran diberikan kelab gergasi Perancis tersebut berbaloi.
Messi membuat permintaan untuk menikmati gaji sama dengan Kylian Mbappe yang ketika ini menerima 70 juta euro (RM333 juta) setahun berbanding dirinya meraih 40 juta euro (RM191 juta) setahun.
Permintaan itu jelas mustahil untuk dipenuhi PSG dan kelab tidak akan menuruti semua yang dimahukan Messi, berbanding Mbappe yang masih muda daripada pemain Argentina tersebut.
Dalam masa sama, PSG juga tidak mahu melepaskan Mbappe kepada Real Madrid menjadi faktor utama mereka menawarkan tawaran lumayan buat bintang Perancis itu.