Keadaan motosikal yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Papar Lama kelmarin.
PAPAR: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di sini petang kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, PPgB Rozlan Osman berkata, kejafdian berlaku di Jalan Lama Papar pada jam 2.50 petang.
“Kita terima panggilan melalui MERS999 dan sepasukan seramai tujuh anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Hamdani Harith dikejarkan ke lokasi.
“Setiba di tempat kejadian yang terletak 21 kilometer dari balai itu, didapati ada satu kemalangan melibatkan sebuah sebuah motosikal jenis Yamaha bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux Vigo.
“Terdapat seorang mangsa, iaitu penunggang motosikal berrnama Julasiri Gapar, 20, yang disahkan meninggal dunia oleh pihak polis di lokasi kejadian.
“Pemandu Hilux Vigo tidak mengalami kecederaan,” katanya, sambil menambah mangsa meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Rozlan berkata, setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 3.40 petang.





























