Hajiji mempengerusikan Mesyuarat JKKKN pertama tahun 2023 di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang pertama pada tahun ini, di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.
Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Haji Safar Untong, Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd. Yusof, Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato Makhzan Mahyuddin, Pengarah Keselamatan Negeri, Datuk Noor Alam Khan A.Wahid Khan, Pesurujaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah dan Panglima Markas Divisyen Kelima Infantri, Mej.Jen. Datuk Abdul Rahman A.Wahab.





























