Mat Sabu (kiri) berbincang dengan Hajiji semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor bertemu dengan Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Datuk Seri Haji Mohamad Sabu yang membuat kunjungan hormat ke pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.
Antara isu yang dibincangkan semasa kunjungan hormat pertama beliau kepada Hajiji sejak menjadi anggota Kabinet Kerajaan Perpaduan Persekutuan ialah pertanian, termasuk komoditi kelapa sawit, dan keselamatan makanan.
Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Bacho Jansie turut hadir.































