KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan lapan kes baharu Covid-19 hari ini, naik tujuh kes berbanding kelmarin (1), menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 406,847 kes.
Menteri Penyelaras Pengurusan Covid-19 Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 11 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 400,587 orang.
Manakala 116 pesakit sedang menerima rawatan di hospital, tambahnya.
“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah satu orang di ICU/repurposed critical care,” kata Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.































