Hajiji (empat kiri) bersama Ellron (tiga kiri) dan pegawai kanan kementerian selepas kunjungan hormat di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, semalam
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor kelmarin diberi taklimat mengenai rancangan Kementerian Belia dan Sukan untuk menaik taraf kemudahan sukan di negeri ini termasuk Stadium Likas.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Alfred Angin turut memberi taklimat kepada Ketua Menteri mengenai aktiviti Lembaga Sukan Sabah serta perkembangan projek yang sedang dijalankan seperti Kompleks Sukan Tuaran.
Stadium Likas bersedia untuk dinaik taraf untuk mematuhi piawaian yang ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memandangkan Sabah FC akan beraksi dalam kejohanan Piala AFC musim ini.
Turut mengiringi Ellron ialah Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Mansur Asun dan pegawai kanan Lembaga Sukan Sabah.