Suasana semasa pelepasan balik Ahmad Zahid (tengah) ke Ibu Negara.
KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berangkat pulang ke Kuala Lumpur jam 4.18 petang tadi.
Mengiringi keberangkatan beliau di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ialah Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah tiba di sini semalam, sempat melawat mangsa bencana banjir di Pitas dan menghadiri Mesyuarat Tertutup Umno di Bangunan Umno.































