KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 9.30 malam Ahad.
Ketibaan beliau disambut Timbalan Menteri Sains dan Teknologi, Datuk Arthur Joseph Kurup; Setiausaha Persekutuan (SUP) Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah serta Ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.
Esok beliau dijadualkan melawat Daerah Pitas bagi meninjau keadaan banjir serta menyampaikan Bantuan Wang Ihsan, selain mengadakan pertemuan tertutup bersama kepimpinan UMNO di Bangunan UMNO.































