Jalan Kota Kinabalu – Sandakan (Riverside Mart) KM 109.378, di sini akan telah dibuka semula. – JKR Ranau
RANAU: Jalan Kota Kinabalu – Sandakan (Riverside Mart) KM 109.378, di sini telah dibuka semula bermula 13 Januari.
Setakat ini, laluan tersebut hanya dibuka kepada kenderaan dengan had muatan yang dibenarkan adalah tidak melebihi 8 Tan. Bagi kenderaan yang melebihi 8 Tan ke atas, sila gunakan laluan alternatif Jalan Marak-Parak–Kota Marudu.
Ini dimaklumkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Ranau dalam satu kenyataan.
Laluan akan dibuka sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan mulai 18 Januari.
Semua pengguna dipohon agar berhati-hati melalui laluan tersebut dan sila patuhi arahan papan tanda yang telah disediakan.
Laluan tersebut telah ditutup serta merta untuk semua kenderaan bermula 4 Jan disebabkan hujan lebat yang berterusan mengakibatkan kegagalan pembentung dan jalan putus yang membahayakan laluan.



























