Juliah (berdiri, enam dari kanan) bergambar dengan pasukan bola jaring Cinnamon NC yang menjadi juara Kejohanan Bola Jaring Piala DSP Datuk Juliah Salag ynag telah berlangsung selama dua hari di Dewan Sulaman Tuaran.
TUARAN: Aktiviti sukan bukan saja mampu menjadi medan untuk membentuk dan meningkatkan kerjasama serta perpaduan dalam kalangan rakyat, malah berupaya dijadikan satu amalan dan gaya hidup sihat.
Sehubungan itu Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Hajah Juliah Salag mahu sukan seperti kejohanan bola jaring terbuka diteruskan dari semasa ke semasa agar dapat melahirkan masyarakat yang cergas, aktif dan produktif dengan nilai-nilai murni untuk menghadapi cabaran di masa depan.
“Di sampuing itu, aktiviti sukan juga dapat mengekalkan kesihatan fizikal dan membina kekuatan mental seperti mengawal emosi, fokus, dan membina semangat berpasukan.

Juliah mencuba menjaringkan bola sebagai gimik perasmian Kejohanan Bola Jaring Piala Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag yang telah berlangsung selama dua hari di Dewan Sulaman, Tuaran.
“Saya berharap penganjuran kejohanan ini bukan sahaja dapat membantu mempopularkan sukan bola jaring, malah sebagai platform untuk mencari dan mengenal atlit pelapis dalam sukan itu di negeri ini,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Piala Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag di Dewan Sri Sulaman, di sini kelmarin.
Juliah berkata, secara peribadi beliau amat menyokong penganjuran program dan aktiviti berorientasikan sukan seperti bola jaring kerana ia dapat membentuk dan meningkatkan semangat kerjasama berpasukan dan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, bangsa dan agama di negara ini, khususnya di Sabah.
Sebanyak 20 pasukan bola jaring menyertai kejohanan dan pasukan bola jaring Cinnamon NC dinobatkan sebagai juara selepas mengalahkan pasukan UAJ di pelawanan akhir.