JAKARTA: Polis sedang menyiasat kes dua lelaki yang dibakar hidup-hidup ketika sedang berjalan di Jambatan Jelambar Aladin di Penjaringan, Jakarta Utara, Rabu.
Menurut Utusan Malaysia, Kompas melaporkan, ketua polis Penjaringan, M Probandono Bobby Danuardi berkata, dua mangsa itu disimbah petrol dan dibakar hidup-hidup oleh seorang individu yang tidak dikenali.
Katanya, perkara itu dimaklumkan oleh seorang saksi dikenali dengan inisial I ketika memberi keterangan kepada polis.
Menurut Probandono, ketika kejadian, kedua-dua lelaki itu sedang berjalan melalui jambatan tersebut.
“Namun, secara tiba-tiba, seorang individu yang datang dari arah bertentangan bertindak melemparkan botol berisi petrol dan membakar lelaki berkenaan,” katanya.
Jelas Probandono, mangsa berusia 39 tahun yang dikenali sebagai S, berjaya menyelamatkan diri dengan melompat ke dalam sungai setelah badannya terbakar.
“Seorang lagi mangsa dikenali sebagai D, berusia 38 tahun pula gagal melakukan perkara sama, lelaki itu meninggal dunia akibat kelecuran.
“D masih sedang menerima rawatan di Hospital Duta Indah selepas kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, Probandono berkata, pihaknya tidak dapat mendedahkan punca sebenar kematian S kerana masih menunggu hasil laporan bedah siasat.
Jelasnya, siasatan kes masih dijalankan untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian.