Keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran itu. – Ihsan Bomba
LAHAD DATU: Sebuah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di sini hari ini.
Pengganti Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, PPgB Mohammad Farok Abd. Rahman berkata, kejadian berlaku di Kampung Kokos, Jalan Segama Lama, pada kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Panggilan diterima menerusi talian MERS999 dan sepasukan lapan anggota diketuai beliau sendiri bergegas ke lokasi.
“Di sana kita mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal berukuran 60×40 kaki terbakar 100 peratus,” katanya.
Pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran 300 kaki dua pancutan sumber air dari tangki jentera.
Mohammad Farok berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.40 petang.































