KUALA LUMPUR: Malaysia sambut Hari Raya Puasa pada hari Sabtu, 22 April.
Ini diisytiharkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam satu kenyataan di laman rasminya sebentar tadi.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi Negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Sabtu, 22 April 2023,” kata Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.





























