Jahid dan Edward (berdiri, tengah) menyaksikan sesi memeterai perjanjian tersebut.
KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLBS) telah mengadakan sesi memeterai Perjanjian Pengurusan Mini Estet Sejahtera (MESEJ) Angalor Kemabong, Tenom di antara Kerajaan Negeri (KPLBS) dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) di Magellan Sutera Resort, di sini, Selasa.
Dalam sesi tersebut, Kerajaan Negeri diwakili Setiausaha Tetap KPLBS, Datuk Norlijah Hj. Danin telah menandatangani perjanjian tersebut dengan Pengurus Besar Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Sabdil Tanjong.
Hadir sama menyaksikan sesi pemeteraian perjanjian tersebut ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim dan Pengerusi LIGS, Datuk Edward Linggu.
Untuk rekod, Program MESEJ dirancang bagi meningkatkan ekonomi rakyat di luar bandar khususnya daerah tersenarai daerah termiskin di negeri ini.
Pemeteraian perjanjian tersebut menandakan sebuah langkah penting dalam memastikan keberkesanan dan keberlanjutan program MESEJ.
Kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan LIGS tersebut bertujuan membantu mengurangkan jurang kemiskinan penduduk khususnya di kawasan luar bandar Sabah.
Program ini ternyata telah berhasil mencapai sasaran merubah kehidupan peserta program kepada keadaan yang lebih baik.
Langkah tersebut juga membuktikan bahawa Kerajaan Negeri amat komited dalam menjayakan program tersebut.





























