Rosmadi (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan media kepada Peter.
KOTA KINABALU: Kerjasama kerajaan negeri dan media amat penting dalam membantu menyampaikan hasrat kerajaan.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk (Datu) Rosmadi Datuk Sulai berkata, kerjasama berkenaan penting dalam memastikan maklumat yang disalurkan kepada rakyat adalah tepat dan tidak diputar belit.
“Hasrat kerajaan adalah untuk memastikan kesejahteraan rakyat hingga ke peringkat akar umbi.
“Pelbagai cabaran kini dihadapi oleh kerajaan dalam memastikan maklumat dapat disampaikan kepada rakyat dengan tepat dan tidak diputar belit.
“Sehubungan itu, kerajaan negeri akan mengenal pasti bentuk kerjasama yang dapat membantu media menyampaikan hasrat kerajaan dengan tepat sekaligus memberi keyakinan kepada rakyat,” katanya dalam Majlis Apresiasi Media anjuran JPANS di sini, pada Sabtu.
Seramai 167 pengamal media hadir ke majlis yang julung kali diadakan bagi menghargai peranan dan bantuan media.
Turut diadakan, pelancaran penjenamaan semula Berita Perkhidmatan Awam Negeri kepada JPANSTV.
Hadir sama, Presiden Persatuan Wartawan Sabah, Datuk Muguntan Vanar dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Peter Tong Ah Pin





























