KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri sedang meneliti beberapa entiti kerajaan untuk penstrukturan semula, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
Katanya, ini perlu supaya ia tidak membebankan tahung kewangan negeri.
“Kerajaan Negeri sentiasa memantau dan menilai semula prestasi jenteranya supaya kekal pada tahap optimum,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Media di Shangri-La Tanjung Aru Resort and Spa di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama entiti-entiti yang terlibat.
Menurut Ketua Menteri, beliau tidak akan teragak-agak untuk merombak mana-mana agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak berprestasi.
“Malah, kita sedang dalam proses meneliti beberapa entiti untuk penstrukturan semula. Ini perlu supaya ini tidak membebankan tabung kewangan negeri,” kata Hajiji.





















