Anggota bomba melakukan operasi menyelamat kenderaan Brunei yang dinaiki empat individu dalam kejadian kemalangan jalan raya kendiri di Permy Jaya, Miri.
MIRI: Empat individu selamat manakala seorang cedera parah dalam satu insiden kemalangan di Bandar Baru Permy Jaya, di sini pada tengah malam Isnin.
Menurut Utusan Malaysia, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya terbabit kira-kira pada jam 11:25 malam.
“PGO Sarawak terima panggilan dari kecemasan memaklumkan kemalangan jalanraya melibatkan sebuah kereta milik nombor pendaftaran Brunei.
“Setibanya pasukan di lokasi didapati kemalangan kendiri tersebut melibatkan empat (4) orang mangsa yang mana dua (2) orang mangsa telah di keluarkan oleh orang awam dan 2 orang lagi mangsa masih terperangkap di dalam kenderaan tersebut,” katanya.
Bagaimanapun ujarnya, pasukan operasi telah bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan stretcher dan tidak mengunakan peralatan khas rescue tool kerana mangsa yang terperangkap dalam keadaan tidak tersepit.
“Mangsa seterusnya d serahkan kepada pihak perubatan Kementerian Kesihatan ntuk rawatan lanjut.
“Kesemua mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulan Kementerian Kesihatan dan jentera EMRS,” jelasnya.



























