Keadaan Steam Roller yang terbabas itu. – Ihsan Bomba
LAHAD DATU: Seorang lelaki cedera selepas Steam Roller yang dipandunya terbabas di sini pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, PPgB Sumsoa Rashid berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Putatan, Batu 8, pada kira-kira jam 10.40 pagi.
“Panggilan diterima menerusi talian MERS999 dan sepasukan lapan anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Mohamud Punya dihantar ke lokasi itu.

“Sejurus tiba di tempat kejadian yang terletak 11 kilometer dari BBP, didapati satu kemalangan melibatkan sebuah jentera penggelek jalan (Steam Roller) terbabas sendiri dan terdapat seorang mangsa cedera.
“Mangsa lelaki berumur 54 tahun itu diberikan rawatan awal kemudian dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS,” katanya.
Setelah memastikan tiada bahaya lain terlibat operasi ditamatkan pada jam 11.22 pagi, tambahnya.































