Mangsa dibawa turun oleh pasukan Mosar. – Ihsan Bomba
RANAU: Seorang pendaki perempuan mengalami kecederaan semasa melakukan pendakian di Gunung Kinabalu di sini kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, PPgB Ridwan Mohd. Taib berkata, kejadian itu berlaku di Kilometer 8.5 Gunung Kinabalu pada kira-kira jam 8 pagi.
Menurutnya, sepasukan tujuh anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar) Komander Operasi, PBB Mauries bergegas ke lokasi kejadian itu selepas dimaklumkan.
“Setiba di lokasi itu, pasukan Mosar yang turut disertai seorang Malim Gunung dan seorang kakitangan Taman-Taman Sabah mendapati seorang pendaki perempuan terseliuh di kaki kanan.
“Rawatan awal diberikan dengan membalut kaki mangsa menggunakan bandage.
“Mangsa seterusnya dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung Robertson dan dihantar ke hospital menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.
Tambah Ridwan, operasi ditamatkan pada jam 2.08 petang.





























