Yaacob (tiga dari kiri) menyerahkan cek cura kepada Yang di-Pertua MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin sambil disaksikan oleh Tun Juhar (empat dari kiri).
KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyerahkan RM7,505,667 zakat perniagaan 2022 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata terdapat perbandingan sebanyak 5 peratus jumlah zakat yang dibayar oleh SESB untuk haul 2021 berbanding haul 2020 iaitu pertambahan sebanyak RM361,372.
“Bagi haul 2020, jumlah Wakalah Zakat ialah RM893,036 dan SESB juga diberikan amanah untuk agihan Wakalah Zakat TNB berjumlah RM58,000 yang akan digunakan untuk pembinaan rumah Program Bainati Janati di Tanjung Aru serta Papar.
“Bagi haul 2021, jumlah Wakalah Zakat ialah RM938,208 berbanding dengan haul 2020 ialah sebanyak 5 peratus iaitu RM45,172 ribu.
“Sebanyak 12 peratus daripada jumlah zakat yang dibayar oleh SESB dikembalikan semula kepada SESB dalam bentuk Wakalah Zakat untuk diagihkan kepada golongan yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan,” katanya selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Sabah Electricity Sdn Bhd di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa.
Selain itu, Yaakob turut memaklumkan beberapa Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah dirancang oleh SESB untuk mengagihkan Wakalah Zakat ini kepada golongan yang memerlukan.





























