Keadaan Perodua Alza yang terbabas sendiri dan melanggar tiang elektrik itu. – Ihsan Bomba
KUALA PENYU: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas dan merempuh sebatang tiang eletrik di sini pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu, PPgB Awang Mohd. Sabree berkata, kejadian berlaku di Jalan Kampung Sinapokan pada kira-kira jam 7.40 pagi.
Katanya, panggilan diterima menerusi talian talian balai pada jam jam 7.49 pagi dan sepasukan enam anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Ak. Mohd. Rafie Pg. Baha dihantar ke lokasi.
“Setiba di tempat kejadian yang terletak 28 kilometer dari BBP itu, didapati satu kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Alza yang terbabas sendiri dan melanggar tiang elektrik.
“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 45 tahun terlibat tetapi dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Pasukan bomba hanya menjalankan pemeriksaan di lokasi untuk memastikan keadaan selamat. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.30pagi,” katanya.

























