Jainisah (empat dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama para pemenang.
KOTA KINABALU: Pakej lengkap dimiliki Unduk Ngadau Beluran 2022 diangkat sebagai Juara Program Instagram Photo Contest Hari Wanita 2023.
Mengenakan pakaian tradisi Dusun Tindal Kota Belud, Jelsi Jass Ellyvera James, 22, merupakan Pentadbir Projek yang meraih jumlah like terbanyak dalam pertandingan anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah melalui Bahagian Media Sosial (BMS) dengan kerjasama Mas Wings sebagai rakan strategik.
Memberi saingan sengit kepada Jelsi ialah pelajar Universiti Putra Malaysia, Khaleda Kasim, 21, dan Setiausaha Pejabat Institut Perguruan Gaya (IPG), Anita Lamdin yang masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Jelsi menjuarai Program Instagram Photo Contest Hari Wanita 2023.
Manakala, hadiah saguhati turut dimenangi dua peserta iaitu , Shelviana Josh dengan pakaian suku kaum Tabilong dan Perunding Kecantikan, Sofiea Janius dari Kiulu dengan pakaian Dusun Sinulamba.
Semua pemenang menerima hadiah tiket penerbangan domestik pergi dan balik yang disampaikan oleh Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor.
Turut hadir, Eksekutif Kanan Mas Wing, Azijona Lenydia Juhari, Sik Jia Yew dan Ketua Penolong Pengarah (KPP) BMS, Geraldine Voo Yee Wen.

























