Keadaan motosikal dan Proton Wira itu. – Ihsan Bomba
KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 32 tahun mengalami kecederaan parah selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, PKPgB Agustavia Joe Guasi berkata, kejadian berlaku di KKIP, Jalan Telipok, di sini, pada kira-kira jam 7.40 pagi.
Katanya, panggilan diterima menerusi talian MERS999 pada jam jam 7.46 pagi dan sepasukan empat anggota diketuai Komander Operasi, PBK II (KUP) Martha Paddis dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setiba di tempat kejadian yang terletak 17 kilometer dari BBP itu, didapati berlaku satu kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira bertembung sebuah motorsikal jenis Yamaha LC
“Terdapat seorang mangsa lelaki iaitu penunggang motosikal terlibat yang mengalami cedera parah.
“Pasukan EMRS bertindak memberi rawatan awal sebelum menghantar mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.20 pagi.





























