Keadaan Perodua Kelisa dan lori treler yang terlibat dalam kemalangan itu. – Ihsan Bomba
BELURAN: Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan kereta Perodua Kelisa dipandunya yang bertembung dengan sebuah lori treler di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, PPgB Edoen Macheal berkata, kejadian itu berlaku di Kampung Pelantong, di sini pada kira-kira jam 9.30 pagi.
Menurutnya, panggilan kecemasan diterima menerusi talian balai pada jam jam 9.35 pagi pagi dan sepasukan lapan anggota diketuai oleh beliau sendiri bergegas ke lokasi.
“Setiba di tempat kejadian yang terletak lima kilometer dari BBP, kita mendapati berlaku satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis treler bertembung dengan Perodua Kelisa.
“Terdapat seorang mangsa tersepit di tempat duduk pemandu Perodua Kelisa dan pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan Rescue Tools.
“Mangsa, Juslin Jussip, 45 di serahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM ditempat kejadian. Pemandu lori treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Edoen berkata, pemeriksaan di sekitar kawasan dijalankan dan setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain wujud pperasi ditamatkan pada jam 10.30 pagi.































