Keadaan di lokasi kejadian kemalangan. – Ihsan Bomba
PENAMPANG: Empat individu cedera apabila kenderaan dinaiki mereka bertembung di Jalan Babagon, selepas Shell Kivatu, di sini, tengah hari tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, PKPgB Zeno Tinggalan berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Katanya, panggilan diterima melalui MERS999 pada jam 12.58 tengah hari dan sepasukan sembilan anggota diketuai oleh Komander Operasi, PBK II (KUP) Alfred Gansau bergegas ke lokasi.
“Setiba di tempat kejadian yang terletak sembilan kilometer dari BBP, didapati berlaku satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Isuzu Dmax bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Proton Saga BLM.
“Terdapat empat orang mangsa dalam kenderaan Proton Saga BLM yang mengalami kecederaan dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS dan ambulans.
“Manakala pemandu kenderaan Isuzu Dmax tidak mengalami seberang kecederaan,” katanya.
Operasi ditamatkan pada jam 1.36 petang.





























