Pasukan bomba bersama lelaki yang cuba membunuh diri di Lahad Datu.
LAHAD DATU: Seorang lelaki berusia 35 berniat untuk membunuh diri dengan terjun ke laut di sini petang tadi tetapi berjaya diselamatkan pihak berkuasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, PPgB Sumsoa Rashid berkata, kejadian berlaku di Jalan Sri Pantai Tanah Tumako, di sini, pada jam 2.45 petang tadi.
“Kita menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 berhubung insiden itu, dan sepasukan anggota seramai tujuh orang diketuai Komander Operasi, PBK II Mohamod Punya dikejarkan ke lokasi itu.
“Setibanya di lokasi yang terletak tiga kilometer dari balai itu, pasukan bomba bersama agensi lain seperti PDRM, APM dan KKM bertindak menyelamatkan mangsa dan berjaya memujuk mangsa.
“Seterusnya mangsa dibawa ke kawasan selamat. Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada jam 3.30 petang,” katanya.































