KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan enam kes baharu Covid-19 hari ini, naik empat kes berbanding kelmarin (2), menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 406,830 kes.
Menteri Penyelaras Pengurusan Covid-19 Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah dua (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 400,571 orang.
Manakala 135 pesakit sedang menerima rawatan di hospital.
“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah dua orang di ICU/repurposed critical care,” kata Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.





























