Anggota bomba membawa pesakit asma itu ke Klinik Kesihatan Sook untuk mendapatkan rawatan lanjut. – Ihsan Bomba
SOOK: Pasukan bomba menyelamatkan seorang budak pesakit asma berusia enam tahun dan dua individu dewasa yang terperangkap banjir di Kampung Sungai Terelabau Baru, di sini, malam tadi.
Sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PBKII Sharil Sulaiman dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10.37 malam.
Setiba di lokasi, pasukan bomba mengeluarkan semua mangsa menggunakan lori dan menghantar pesakit asma ke Klinik Kesihatan Sook untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Operasi ditamatkan pada jam 1.04 pagi tadi.





























