Kepingan konkrit yang menghentikan sebuah kereta di Jalan Ampang pagi kelmarin.
PETALING JAYA: Kereta rosak selepas dihempap bahan binaan yang terjatuh dari tingkat 56 bangunan dalam pembinaan di Jalan Ampang dekat sini, kelmarin.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kejadian itu berlaku 8.45 pagi kelmarin.
“Satu keping ‘staging‘ dari tingkat 56 bangunan 80 tingkat dalam pembinaan jatuh di lokasi kejadian.
“Objek berkenaan jatuh di atas kereta Toyota Vios yang diletakkan di hadapan kedai serbaneka di Jalan Ampang, di sini,” katanya dalam kenyataan, kelmarin.
Katanya, ketika kejadian, pemilik kereta berkenaan iaitu seorang lelaki berada di dalam kedai serbaneka terbabit.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.





























