KOTA KINABALU: Sabah melaporkan 12 kes baharu Covid-19 hari ini, turun dua kes berbanding kelmarin (14).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kadar positiviti menyusut daripada 1.01 peratus kepada 0.95 peratus dengan jumlah sampel yang turut menurun kepada 1,267 (-76).
Menurutnya, sebanyak tujuh daerah mencatatkan kes baharu iaitu Kota Marudu 3 kes, Tuaran 3 kes, Papar 2 kes serta masing-masing satu (1) kes di Kota Kinabalu, Kudat, Sipitang dan Tawau.
“Sebanyak 20 daerah tidak merekodkan jangkitan baharu sepanjang tempoh 24 jam lalu,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Kesemua 12 kes yang dilaporkan adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2.
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Marudu 3 (0)
Tuaran 3 (4)
Papar 2 (0)
Kota Kinabalu 1 (5)
Kudat 1 (0)
Sipitang 1 (0)
Tawau 1 (1)
Beaufort 0 (0)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (2)
Kuala Penyu 0 (0)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Penampang 0 (0)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (1)
Ranau 0 (0)
Sandakan 0 (1)
Semporna 0 (0)
Tambunan 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (0)
Tongod 0 (0)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 10/01/2023)
Kluster Baharu
Tiada































