KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 14 kes baharu Covid-19 hari ini, turun satu kes berbanding kelmarin (15).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, angka jangkitan ini diperolehi daripada sampel ujian yang lebih rendah, 930 berbanding 1,093 kelmarin.
Kadar positiviti naik sedikit daripada 1.37 peratus kepada 1.51 peratus, tambahnya.
Hanya tiga daerah mencatatkan jangkitan baharu, iaitu Kota Kinabalu 7 kes, Tuaran 5 kes dan Papar 2 kes.
“Sebanyak 24 daerah lagi tidak merekodkan sebarang kes baharu sepanjang 24 jam yang lalu,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Daripada 14 kes yang dilaporkan hari ini, 13 kes adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala satu kes dalam Kategori 4.
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Kinabalu 7 (3)
Tuaran 5 (6)
Papar 2 (4)
Beaufort 0 (0)
Beluran 0 (1)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (0)
Kota Marudu 0 (0)
Kuala Penyu 0 (0)
Kudat 0 (0)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Penampang 0 (0)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (0)
Ranau 0 (0)
Sandakan 0 (0)
Semporna 0 (0)
Sipitang 0 (1)
Tambunan 0 (0)
Tawau 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (0)
Tongod 0 (0)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 07/01/2023)
Kluster Baharu
Tiada































