Antara lokasi tanah runtuh di Jalan Ranau-Tambunan.
RANAU: Laluan menghubungkan daerah Ranau dan Tambunan berkemungkinan akan terputus pada bila-bila masa, sekiranya tiada pemantauan dan seterusnya pembaikan dilakukan di beberapa lokasi berlaku tanah runtuh di laluan jalan raya antara kedua daerah.
Beberapa penduduk yang menghubungi media menjelaskan, pemantauan berterusan harus dilakukan seterusnya pembaikan mana-mana kawasan yang runtuh supaya laluan menghubungkan dua daerah ini tidak terputus.
“Seperti yang berlaku tanah runtuh berhampiran pondok perhentian bas yang terletak berhampiran perumahan penduduk Kg .Tungou Ranau baru-baru ini.
“Ia perlu dibaiki segera bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” kata seorang penduduk, Painin Wali.
Menurutnya, beberapa kawasan tanah runtuh berlaku di beberapa lokasi laluan menghubungkan daerah Ranau dan Tambunan perlu pembaikan segera sebelum berlaku runtuhan lebih besar, memandangkan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.
Pihak konasesi yang memantau Jalan Ranau-Tambunan juga sudah dimaklumkan berhubung kejadian tanah runtuh itu dan pihaknya sudah menghantar mesin untuk tujuan pembersihan dan pembaikan laluan mana-mana yang perlu.































